Catatan Popular

Korporat

  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Piagam Pelanggan

Visi
Peneraju Latihan Kemahiran Negara Terunggul Bertaraf Dunia

 Misi
  • Menjadikan latihan kemahiran negara sebagai peneraju dan role model kepada latihan kemahiran negara
  • Melahirkan tenaga kerja bumiputera yang berdaya saing, terlatih, beretika, berinovasi dan memiliki minda kelas pertama
  • Melahirkan teknopreneur global ke arah pembangunan MPPB

Objektif
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur di semua Institut Kemahiran MARA yang menepati piawaian latihan kemahiran dan bersesuaian dengan keperluan industri
  • Membentuk, meningkatkan kualiti dan melaksanakan Program Baru & Sedia Ada serta mendapatkan pengiktirafan dari Kerajaan & Industri
  • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam industri terkini yang mencerminkan komposisi kaum
  • Meningkatkan program pemantapan keusahawanan untuk mencapai 10% penglibatan bekas pelatih dalam perniagaan teknikal
  • Meningkatkan Program Pembangunan Sahsiah dalam membentuk pelatih yang berakhlak mulia supaya kes salah laku kurang 1% untuk setiap Institut Kemahiran MARA  

Piagam Pelanggan
  • Proses pendaftaran pelatih baru akan disempurnakan dalam tempoh 1 jam bagi setiap pelatih
  • Dokumen pembayaran elaun akan dihantar ke Ibupejabat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan borang yang lengkap
  • Setiap pelatih baru akan dibekalkan dengan satu naskah buku panduan pelatih semasa hari pendaftaran
  • Setiap kursus akan dibekalkan sekurang - kurangnya 1 komputer bagi setiap 4 orang pengajar
  • Tuntutan perjalanan kakitangan akan dibayar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan borang tuntutan yang lengkap
  • Proses pembayaran kepada pembekal akan dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan invois
  • Para pelanggan yang berurusan dengan IKM Jasin akan dibekalkan dengan sekurang - kurangnya satu phamplet mengenai IKM Jasin
  • Setiap pelanggan yang berurusan dengan kaunter akan dilayan dalam tempoh 15 minit
  • Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh 3 deringan
  • Aduan - aduan yang diterima akan diberi maklum balas dalam tempoh sepuluh hari bekerja