Catatan Popular

Minggu Aktiviti


Pada 11 - 13 April 2013 telah diadakan Minggu Aktiviti bagi para pelajar. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya saing bukan sahaja dari segi akademik malahan dalam bidang sukan. Pelbagai acara dipertandingkan seperti badminton, catur, bola sepak, paintball dan sebagainya.

Taklimat UniKL


        Pada 9 April 2013 telah diadakan satu taklimat daripada pihak UniKL bagi menerangkan pelbagai kursus yang disediakan di sana.

Kursus CIDB


            Pada 9 April 2013 telah diadakan satu kursus CIDB di Dewan Besar IKM Jasin. Para pelajar diberi penerangan tentang keselamatan serta langkah - langkah mengelak berlaku sesuatu kemalangan di tempat kerja.

Majlis Perpisahan Alia


           Pada 5 April 2013 telah berlangsung satu Majlis Perpisahan iaitu Puan Alia Binti Ramli yang bertukar ke Pejabat MARA Daerah Muar.

Taklimat Cuepacs Insurans


         Pada 2 April 2013 telah diadakan satu taklimat oleh pihak Cuepacs berkenaan Insurans bagi kakitangan awan.

Bengkel 5S KKTM Masjid Tanah


         Pada 23 Mac 2013, Kakitangan daripada KKTM Masjid Tanah membuat satu Lawatan Bengkel 5S di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah.

Penyelaras Kursus SLR Puan Azizah


Pada 15 Mac 2013 telah berlangsung satu Jamuan perpisahan Penyelaras Kursus SLR iaitu Puan Azizah Binti Daud. Beliau berpindah ke Bahagian Kemahiran & Teknikal.

Bacaan Yasin Bersama YB Ghazali


          Pada 2 Mac 2013 telah diadakan satu bacaan Yasin bersama YB Ghazali di Surau IKM Jasin. Ia turut terlibat dengan para pelajar dan tenaga pengajar.

Perpindahan Meor


Pada 1 Mac 2013 telah diadakan satu Jamuan serta Bacaan Yasin sempena Perpindahan Meor ke Bahagian  Kewangan MARA.

Lawatan ke KPM Ayer Molek & KKTM Masjid Tanah


        Pada 14 Februari 2013 telah diadakan satu lawatan ke KPM Ayer Molek & KKTM Masjid Tanah bagi staf pentadbiran.

Taklimat Pengarah "Aku Janji"


            Pada 5 Februari 2013 telang diadakan satu Taklimat Pengarah iaitu Aku Janji kepada semua kakitangan IKM Jasin di Dewan Syahbandar. 

Sambutan Maulidurasul


              Pada 2 Februari 2013 telah diadakan satu Program Sambutan Maulidurasul yang dianjurkan oleh pihak IKM Jasin. Para pelajar dan tenaga pengajar turut terlibat dalam menjayakan program ini. Dengan itu, perarakkan  bermula dari pintu utama hingga ke simpang kerayong.

Bacaan Yasin


        Pada 31 Januari 2013 telah diadakan bacaan Yasin bagi Program Khidmat Masyarakat di surau IKM Jasin. Para pelajar dan juga tenaga pengajar turut menjayakan program ini.

Lawatan Ke UTEM


               Pada 31 Januari 2013 telah diadakan satu Lawatan ke Bilik Server Universiti Teknikal Malaysia (UTEM). Ia   bertujuan bagi mendapatkan maklumat penyediaan Bilik Server serta langkah keselamatan yang perlu ada bagi mengelak sebarang kemalangan.

Pilihanraya BPP


                Pada 30 Januari 2013 talah berlangsung satu Perhimpunan Pelajar & Pilihanraya Bahagian Perwakilan Pelajar di Dewan Besar IKM Jasin.

Ko-Kurikulum Latihan Bomba


           Pada 23 Januari 2013 telah diadakan satu latihan memadam api bagi ko-kurikulum Bomba. Para pelajar diberi taklimat serta demonstrasi dimana langkah - langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. 

Lawatan 5S Penganjuran MARA


              Pada 22 Januari 2013 telah diadakan satu Lawatan 5S dari pihak Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP). Ia bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta maklumat bagi menyediakan dokumen yang diperlukan dalam memperolehi Sijil 5S

Lawatan Tapak Bagi Tender Rangkaian



            Pada 17 Januari 2013 telah berlangsung satu lawatan tapak bagi tender rangkaian bagi menyediakan kemudahan Internet di IKM Jasin. Satu jawatankuasa kecil ICT telah menyampaikan taklimat tentang cara - cara permohonan tender tersebut dilakukan.

Perjumpaan Bersama Pengarah


         Pada 4 Januari 2013 telah diadakan satu perjumpaan bersama Pengarah iaitu Encik Zakaria Bin Hasan di Dewan Syahbandar. Kehadiran diwajibkan kepada semua kakitangan pentadbiran dan tenaga pengajar. Pelbagai perkara dibincangkan bagi meningkatkan mutu kerja serta maklumat - maklumat yang terkini yang ingin disampaikan kepada semua.

Pendaftaran Pelajar Lama


          Pada 2 Januari 2013 telah berlangsung sesi pendaftaran pelajaran lama di Dewan Besar Institut Kemahiran MARA Jasin. Para pelajar mendaftar bagi memulakan sesi baru bagi sesi Jan - Jun 2013 yang akan bermula.